Jumat, 29 Oktober 2010

Keistimewaan Bulan Ramadhan



FADHILAH SHOLAT TARAWIH / FADHILAHMALAM BULAN RAMADHAN
Published by Syafii on August 22, 2009 under Ramadhan 1430 H

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali(r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaansahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunattarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin padamalam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukminyang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orangberiman).
Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy'supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allahmengampunkan dosa engkau.
Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimanapahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahalaseumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanyapahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekalitawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allahmengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malamini.
Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemudengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnyaFi'raun dan Hamman.
Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orangsembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim'Alaihissalam.
Malam 9:
Allah kurniakan pahala dandinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam 10:
Allah Subhanahuwata'alamengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati)bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat denganmuka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalamaman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan iabersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskanbaginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawihpahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allahsesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masihhidup atau mati).
Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikandarjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahalasekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalamSyurga daripada nur.
Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat amandaripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara diPadang Mahsyar).
Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakankepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yangmustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalamsujud).
Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanyasiksa kubur.
Malam 26:
Allah kurniakan kepada orangbertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawihpada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilatmenyambar.
Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakankepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakankepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beripenghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewasekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yangengkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada airsyurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yangdikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."


Tidak ada komentar:

Posting Komentar