SYARIAT ialah apa sahaja amalan-amalan lahir yang
diperintahkan kepada umat Islam sama ada wajib
atau sunat. Dan apa sahaja yang ditegahkan sama ada
yang haram atau makruh termasuk juga amalan-amalan
yang harus kedudukannya.
Syariat lahir terbahagi dua:
1. Hablumminallah
2. Hablumminannas
HablumminaIIah ialah amalan-amalan yang termasuk
persoalan ibadah. Contohnya sembahyang, puasa,
zakat, haji, baca Quran, doa, zikir, tahlil, selawat
dan lain-lain.
Hablumminannas ialah amalan-amalan lahir kita
yang termasuk dalam bidang-bidang muamalat (kerja-kerja
yang ada hubungkait dengan masyarakat),
munakahat (persoalan kekeluargaan) dan jenayah
serta tarbiah Islamiah, soal-soal siasah, fisabilillah,
jihad dan persoalan alam sejagat.
HAKIKAT pula ialah apa jua amalan batin yang
diperintahkan ataupun yang ditegah oleh Allah SWT
kepada umat Islam. Amalan yang diperintahkan
dikenali sebagai sifat “mahmudah” (sifat-sifat terpu-ji)
dan yang ditegah ialah sifat “mazmumah” (sifat-sifat
terkeji).
AMALAN LAHIR DAN AMALAN BATIN
Hakikat juga terbahagi dua:
1. Berakhlak dengan Allah
2. Berakhlak dengan manusia
Antara bentuk-bentuk akhlak dengan Allah ialah:
Mengenal Allah dengan yakin;
Merasa kehebatan Allah;
Merasa gerun dengan Neraka Allah;
Merasa sentiasa diawasi oleh Allah;
Merasa hina diri dan malu dengan Allah;
Meredhai setiap takdir dan ketentuan Allah;
Sabar di atas sebarang ujian Allah;
Mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah;
Menyintai Allah;
Merasa takut pada Allah atas kecuaian dan dosa-dosa kita;
Tawakal kepada Allah;
Merasa harap pada rahmat Allah;
Rindu pada Allah;
Sentiasa mengingati Allah;
Rindu pada syurga Allah kerana ingin berte-mu
dengan-Nya.
Bentuk-bentuk akhlak kepada manusia:
Mengasihinya sebagaimana kita mengasihi diri
kita sendiri;
Merasa gembira di atas kegembiraannya dan
tumpang berdukacita kerana kedukacitaan-nya;
Menginginkan kebahagiaan untuknya di
samping berharap agar kecelakaan menjauhi-nya;
Benci pada kejahatannya tetapi kasihan pada
dirinya hingga timbul perasaan untuk mena-sihatinya;
Pemurah padanya;
Bertolak ansur dengannya;
Mengenang jasanya dan berusaha membalasi-nya
kerana Allah;
Memaafkan kesalahannya dan sanggup me-minta
maaf atas kesalahan padanya;
Kebaikannya disanjung dan diikut, kejahatan-nya
dinasihati dan dirahsiakan. Lapang dada
berdepan dengan ragam manusia;
Baik sangka terhadap orang Islam;
Tawadhuk dengan manusia.
Kedua-dua syariat dan hakikat adalah perkara-perkara
yang sangat penting untuk membentuk peribadi
yang benar-benar bertaqwa dan terlepas dari
sifat-sifat nifaq.
Kita wajib mengamalkan kedua-duanya serentak
dan seiring. Namun adalah diakui bahawa bukanlah
mudah bagi kita untuk mengamalkannya.
Allah SWT menjelaskan ini dengan firman-Nya
dalam surah Al Baqarah:
Terjemahannya: Mintalah bantuan dalam urusan-mu
dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya
yang demikian itu adalah sungguh berat kecuali
bagi orang-orang yang khusyuk iaitu orang-orang
yang meyakini bahawa mereka akan menemui
Tuhannya dan bahawa kepada-Nyalah mereka
akan kembali
(Al Baqarah : 45)
Allah SWT mengatakan untuk menjadi orang
yang sabar itu susah dan untuk menjadi orang-orang
yang tetap bersembahyang itu juga susah. Maknanya
kedua-dua amalan lahir dan batin itu memang susah
untuk diamalkan. Tetapi ianya jadi mudah dan se-nang
bila kita dapat memiliki sesuatu yang lebih
penting dari keduanya iaitu rasa khusyuk dengan
Allah (rasa diawasi Allah setiap masa), yakni yakin
akan pertemuan dan pengembalian diri ke hadrat
Allah SWT di akhirat nanti.
Dari situ fahamlah kita bahawa antara kedua-dua
amalan lahir dan batin, yang mesti diberatkan dan
didahulukan pada diri kita ialah amalan batin. Kita
usaha dapatkan dulu rasa khusyuk atau yakin akan
kewujudan Allah serta pertemuan kembali kita de-ngan-
Nya di satu hari nanti. Kemudian nanti, baru-lah
kita akan ada kekuatan untuk mengamalkan syariat dan hakikat.
Tanpa rasa khusyuk itu, kita tidak akan dapat
mengalahkan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa
bersungguh-sungguh mengajak kita menderhakai Allah.
Inilah panduan kita untuk memperjuangkan
Islam dalam diri manusia. Apa yang mesti didahulu-kan
ialah berusaha supaya hatinya berubah, dari hati
yang tidak kenal Allah kepada hati yang khusyuk dan
cinta kepada Allah. Dari hati yang lalai kepada hati
yang sentiasa ingatkan Allah. Bila hati sudah cinta
Allah akan ringanlah manusia itu menerima dan
mengamalkan syariat Allah lahir dan batin.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar